Aku Kaki Travel - Backpacker itu style aku!!

Saturday 29 October 2016

AKU DI BALI, INDONESIA PART 2

Baru free nak update Vun Kaki Travel - Bali, Indonesia Part 2.. Jom kita sambung baca apa yg berlaku sepanjang perjalanan aku ke sana.. Enjoy ya..!! 

DAY 1


On my way to Low-Cost Carrier Terminal (LCCT KL). Aku p LCCT menggunakan ERL sebab nak kejar masa. Kalau nak lagi murah boleh naik bus ke LCCT tapi makan masa dalam 1 jam atau 1 jam 30 minit. Jadi pilihan di tangan anda.. 
Jom ke LCCT.. Bye2!!
Cost : ERL (RM 38.40) or Bus from TBS to LCCT (RM 11.00)

Alhamdulillah, selamat mendarat di Denpasar Ngurah Rai International Airport. 


AKU DAH SAMPAI BALI, INDONESIA.. Thank to Mas Ruby ambil gambarnya
Selesai semua urusan imigresen, terus keluar cari sign sepanduk yang tertulis nama aku. Boleh juling mata aku nak cari sebab ramai sangat yang menunggu diluar. Cari punya cari, yeahhhh I got it.. Yang ambil aku di airport namanya Mas Ruby. Terus kami pun menuju ke Hostel tempat aku tinggal. 1st question Mas Ruby ask me, mau makan babi golek??? Hahahhahaha.. Well, u must know most of the penduduk here beragama hindu.. Jadi korg yang datang kena sporting dan menerima apa yg ada di Bali. Oh ya, lupa nak bgitau aku singgah beli simcard dlu untuk kegunaan harian di Bali. Harga simcard ialah (120,000 Rupiah = RM 38.00). 

Finally, sampai juga Okid House, check in dan terus keluar jalan2 cari makan. Sebab sangat lapar punya pasal berpusing2 lah aku disekitar Kuta dan Legian untuk mencari makanan. Kuta & Legian ini boleh dikatakan syurga untuk pelancong sebab waktu malam, tempat ini mmg meriah. U know what I mean that! Nasi padang juga la jadi pilihan utama makanan disana.. Sambil makan sambil menghayati suasana malam di Kuta/Legian. 

Untuk hari pertama, tak banyak sangat aktiviti yang boleh saya kongsi bersama selain jalan2 cari makan.. Hahahahhaha..

Perbelanjaan hari pertama
ERL - RM 38.40
Simcard - RM 38.00
Dinner - 50,000 Rupiah = RM 16.00
Mineral water / Roti = 33,500 Rupiah = RM 11.00
TOTAL DAY 1 = RM 103.40


DAY 2 (Water Sport - Pantai Pedawan - Uluwatu)

Good Morning Bali, let explore Bali!! Semangat awal bangun biarpun mata dah rabak sebab tak cukup tidur punya pasal. Awal pagi ini aku dan travel partner Syam decide untuk jalan2 sekitar Legian / Kuta dulu sambil2 cari breakfast. Waktu pagi agak sepi, cuma banyak kereta je lalu kawasan ini, maybe semua masih tak bangun kot masa tu! Oh ya, Okid House yang kami stay ini dekat sangat dengan tempat yang kena boom dulu. Kisahnya boleh baca disini https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengeboman_Bali_2002 


Ini merupakan MONUMEN dimana terdapat nama2 mangsa bom 2002


Bergambar di sekitar Legian, waktu pagi tak semeriah waktu malam sebab pelancong asing pada waktu pagi ini biasanya berada diluar kawasan Kuta / Legian. 

























WATER SPORT (Nusa Dua - Tanjung Benoa Beach)


Destinasi pertama kami untuk hari kedua di Bali ialah ke Nusa Dua, Tanjung Benoa Beach. Tempat ini boleh dikatakan famous dengan aktiviti air. kami melalui Jambatan Bali - Mandara untuk sampai di tempat ini. Kadar tol yang perlu dibayar ialah Keta 11,000 Rupiah dalam RM 3.50 dan motor 4,500 Rupiah = RM 1.60 (Untuk makluman je, tidak termasuk dalam perbelanjaan hari kedua)

Tol Jambatan Bali - Mandara
Pemandangan sekitar Jambatan Bali - Mandara

Akhirnya sampai di Tanjung Benoa Beach untuk aktiviti air. Sejujurnya bagi aku harga yang dikenakan agak mahal. Pelbagai jenis aktiviti air yang boleh dibuat disini, snorkeling, tengok penyu, banana boat dan sebagainya. Bermulalah proses tawar menawar harga supaya dapat dikurangkan sebanyak mungkin. Tawar punya tawar dapatlah merasa Parasailing Adventure. Harga per person ialah (450,000 Rupiah = RM 145.00). Sejujurnya 1st time aku main benda alah ini! Excited tak perlu cakaplah, berteriakan jak aku di atas langit!! I believe I can fly.. Cewaaahhhh.. Nak tau lebih lanjut boleh baca disini http://www.water-sports-bali.com/tanjung-benoa-water-sports/.


Pemandangan Sekitar Tanjung Benoa Beach

Get Ready untuk berlepas!!! Yihaaaaa

Parasailing berlepas!! Yeahhhhh..

Di langit!! Ku cuba capai awan tapi tidak cukup tinggi

Kru2 Parasailing yang sporting

I believe I can fly!! Fly sangat kan! Hahahhaha














PANDAWAN BEACH

Selepas selesai ber-water sport di Tanjung Benoa Beach, kami terus berangkat ke destinasi seterusnya iaitu Pandawan Beach. Nampaknya hari ini aktiviti meng-sunburn-kan diri sebab cuaca pada hari ini memang panas terik! Perjalanan ke Pandawan Beach ini memakan masa dalam sejam lebih juga sebab kesesakan lalu lintas. 


Sebelum terjun laut, jom bergambar dgn signboard besar dia!! 
Boleh dikatakan pantai ni sangat bersih & sesuai dengan aktiviti mandi madah. Tak rugi kalau datang sini, boleh la feeling2 nak gelapkan kulit dengan berjemur di pantai. Tempat ini aku tak tau nak cerita pasal apa selain daripada keindahan laut yang mengagumkan jiwa dan raga.  Oh ya, masuk kena bayar tau. Seorang 15,000 Rupiah = RM 5.00 jer (Harga local tau), jangan bimbang, yang ini boleh kelentong sebab Mas Robby yang tolong belikan. Mai abam KVshare picture di pantai je la k..



Sekitar Pandawan Beach

Paparazi ada dimana2.. Hati2!! Hahahha
Jangan kecam sebab picture ini terlalu seksi, peace!!



Pandangan Pandawan Beach dari atas

Wajib bergambar disini juga.. Saja nak bgtau aku di Pandawan Beach



































ULUWATU

Our next destination is Uluwatu. Orang cakap pemandangan disani sangat cantik, orang cakaplah kan, aku manalah tau sebab aku tidak pernah datang lagi Perjalanan daripada Pantai Padawan ke Uluwatu mengambil masa 1 jam. Itupun kalau jalan tidak jem, apa2 pun aku terasa rugi sebab sepanjang perjalanan aku lena dalam keta. Rugi kan! Hahahhahaha.. Mas Rubby dah masak perangai aku, masuk kereta lelap, dah nak sampai je bangun! Yeahhhhhh..

Sampai jak Uluwatu kena beli ticket masuk yang berharga 30,000 Rupiah = RM 10.00. Boleh dikira murah la k.. Jangan kedekut kalau nak masuk tgk pemandangan. Cuaca ketika ini agak panas, tapi aku gagahi langkah menuju ke puncak uluwatu, puncak sangat! Padahal tak jauh pun, kena naik tangga ckit jak, tapi aku semput sebab stamina tak fit cam dulu lagi. Sekali dah sampai Uluwatu temple itu, aku memang ternganga, tak terkata-kata dan sakai sebab pemandangan disini sangat cantik! OMG!! Beautiful view!! Tapi kepada yang gayat ketinggian, anda dinasihatkan tidak tengok kebawah sebab takut korg pengsan lak! kalau jatuh p bawah, alamatnya jadi arwah la.. AMARAN!!! This area banyak monkey yang friendly, jadi bersiap sedia dan jaga barang peribadi anda. U know what I mean that! Hahhahahaha.. 
Nak tau lebih lanjut mengenai Uluwatu boleh baca ini https://en.wikipedia.org/wiki/Uluwatu,_Bali



Gambar memberitahu segalanya..



Aku biasa tengok pokok jenis ini kalau kawasan ini semakin tinggi dari paras laut


Selesailah aktiviti hari kedua dengan perasaan gembira sebab hari ini boleh dikatakan trip aku more to keindahan alam. Pantai, hutan, laut yang sudah pasti akan memberikan seribu 1 kenangan yang tidak akan dilupakan. Jom balik ke Legian untuk aktiviti malam lak. Tepat jam 5.45pm, kami pun meninggalkan Uluwatu.. Bye2 sehingga kita bertemu lagi ya..

Untuk aktiviti malam, tak banyak picture sangat sebab malas nak bergambar waktu malam.. Aku pergi la Hard Rock Bali, Starbucks Bali dan lain2 yg sewaktu dengannya.. 
Hard Rock Cafe, Bali
Bergambar itu wajib!! Hard Rock Bali

Nasib malang menimpa aku, semasa kami dalam perjalanan balik dari Kuta selepas dinner, aku terlanggar motor yang di parking tepi jalan dan menyebabkan cermin motor tertanggal, sebenarnya tertanggal je, tak rosak pun. Datanglah seorang uncle & suh aku bayar ganti rugi, padahal aku rasa benda tu tak rosak, nak tak nak aku terpaksa bagi 50,000 Rupiah = RM 16 untuk settlekan hal ini, selesaikan cepat dan beredar, jangan cari gaduh!! Nasihat untuk semua, elakkan perkara ini berlaku sebab ia merosakkan mood anda!! TAKE NOTED ya!!

Perbelanjaan hari kedua
Breakfast / Minum Pagi - RM 10.00
Parasailing - RM 145.00
Pandawan Beach - RM 5.00
Lunch - RM 13.00 
Uluwatu - RM 10.00
Dinner - 60,000 Rupiah = RM 19.00
Mineral water / Roti = 28,000 Rupiah = RM 9.00
Bayar motor rosak = 50,000 Rupiah = RM 16.00
TOTAL DAY 2 = RM 227.00

BERSAMBUNG HARI KE-3








No comments:

Post a Comment